dah hampir 2 hari aku tersadai atas katil. ni semua gara gara ketidak sedapan and ketidak bersihan tempat farewell lunch hari tu.
citernye begini, lepas balik farewell tu, aku dah rasa tak sedap badan. automatically, perut nyanyi lagu keroncong yg tak sudah sudah. errk!!! so apa lagi 'mimpi indah' bermula dgn ulang alik ke toilet tak habis2. erti kata lain, terkentut pun boleh sekali terberak..*busuk
oklah, aku ingat setakat toilet ukk ukk.. rupa2nya aku muntah jugak. ini yang x boleh tahan nie. pedih perut jadinye. and aku terus jadi lembik.
dlm masa aku ulang alik ke toilet, anna sangat prihatin.
mama, naper? naper?
mama sakit sayang. duduk elok2 ya.
okeh [ sambil cakap pelan2]
so anna juga ternampak aku muntah2..and tanpa aku sedar rupanye dia sedih tgk aku 5 kali masuk toilet and 4 kali muntah in 3 hours. lepas dah buat aktiviti muntah, aku pun terus baring sebelah anna sambil tgk dia main.
mama, akit ya...
ah'ah. kesian mama.
cian. meh meh [ anna bagi kiss kat pipi kanan..]
lagi lagi..
meh meh [ anna kiss pipi kiri.. sambil tepuk2 suruh aku tido..]
alahai..
then aku pun muntah2 lagi. kali ni berlinang air mata anna sofea. sedih rupanye.
then hubby pun balik. cepat2 lari ke pintu rumah and jerit
papa! papa! mama akit.. cian
papa! papa! mama akit.. cian
papa! papa! mama akit.. cian
papa! papa! mama akit.. cian
ulang ulang sampai bila masa hubby duduk sebelah aku, baru dia stop.
so malam tu, kami 3 beranak ke klinik berhampiran.
balik dr klinik, aku mmg flat habis. so aku ajar anak amik pampers sendiri.
and amazingly dia paham arahan aku.
anna, tolong mama amik 1 keping pampers.
berlari2 dia amik sekeping pampers dr bakul and terus baring ajer depan aku.
then bila dah salin baju tido,
anna, tolong mama letak baju kotor ni dlm bakul baju kat dapur.
terus dia berlari2 simpan baju kotor dia dlm bakul.
aduhai.. anna sofea dah besar. dah boleh diharap. sejuk hati aku bila tgk dia macam tu.
2 comments:
pregnant dah ka?
x arr.. tgh peot pun. :P
food poisoning la.. teruk jugak. 2 days flat and 3rd day still lesu..
pray for me to be pregnant ye.. :)
Post a Comment