Tuesday, November 17, 2009

semalam di giant

being a wife kepada suami yg sentiasa sibuk ditempat kerja, im proudly say i am multitasking mommy [ errr.. rasanye most mommy macam tu kan?]

celik sahaja mata dihening pagi, terus bersolat subuh.lepas itu,mommy zura terus turun ke dapur and masak air. bersiap2 dgn keluarkan apa dipeti sejuk utk masakan soup sayur/ikan/ayam to lovely anna. sementara hubby sibuk ulang alik utk ke opis, mommy zura akan angkat sleepyhead anna ke bawah. so kalau tgh masak, tak leh berkejar ke bilik atas kan.

salam salam n kiss kiss hubby terchenta, mommy zura terus mulakan memasak nasi n soup anna. kelentang!! kelentung!!.[ aiseeh aissehh.. bunyi ajer lebih.. :P ] sambil2 tunggu nasi and soup anna mereneh, mommy zura akan basuh semua botol2 susu yg telah digunakan malam tadi. wajib rendam air panas setiap kali anna lepas susu [ itu pesanan pada helper.]

oh! oh! jam baru 745am. awal lagi nie. sapu sapu lantai dulu lah [ nanti suruh helper sapu another layer n mop ..] susun semua bantal2 sofa and mainan anna. lap tv, lap meja makan. siap! in 10 mins.

oh ya.. lupa la.. baju dah basuh tapi tak sidai. mommy zura akan jengah ke atas [ canteknye awan.. kalau masa tu terang.. oh!! nak ujan, kalau masa tu redup..]. kena sidai cepat! baju anna banyak nie..[ saya basuh baju setiap hari. tak suka sumbat baju2 terpakai lama2.. terkenang virus and bacteria membiak and bercampur ke udara. ohh!! sangat tak healthy! :P]. so sibuk lah mommy zura menyidai baju. siap!! [ in 15 mins. ]

ohh sudah 815am. kena mandi. tapi dimana helper ni? .. x per lah.. minum air dulu. [2 gelas air suam.. must do every morning].then terkedek2 helper dtg..'ok mak long, zura nak mandi.. bla bla bla [pesan mop lantai, tgk baju..makan anna2.. bla bla].

845am, siap dgn baju yang baru digosok.'ok mak long, saya pegi dulu.call if ada apa2 [ ayat wajib tiap2 hari]. off to breakfast dulu. lepak2 dgn makcik2 kat flat depan umah. release stress nak ke tempat keja bila kita bercampur dgn org yg lain cara hidupnye dgn kita.mendengar. memberi pendapat. belajar menghormati orang lain.banyak benda boleh dipelajari in 15mins.

900am, burrrp!!! on the way ke opis sambil dgr radio. ikut mood nyanyi mcm dunia aku yg punyer. kalau tak pun dok sengeh2 dgr lawak DJs. 920am, udah sampai ke opis. tarik nafas panjang2 n lepas.. uwaarrrrhhhhh~ im ready for the next peperangan. wajahhahaha.

keja keja keja.. sampai 430pm.

oh!! kena balik cepat. kena pegi giant. abie lambat hari nie. sayur2 anna dah habis. barang2 basah dah habis. oh no!! [ gaya anna sambil tutup mulut..konon cemas! ehehe]/. OFF work and now ke giant pulak.
depan muka giant, tarik trolley. sempat tulis list barang nak beli kat resit yg ntah bila2. okeh! dah tahu apa nak beli..[baru boleh masuk.. kalau tak, confirm aku beli semua barang kat giant tu nanti..]

dlm kesibukan beli beli barang.. oh! kena tanya abie ada nak pesan apa2 x? sms sms..

'mama kat giant. abie nak pesan apa2?'

errk!! tak ada reply pun. confirm x layan le tu. [ abie tak suka orang kaco masa dia tgh keja. even sms. unless critical situation.]so mommy zura pun campak semua benda kat dalam troley. waddduhh~ sgt cepat berjalan n menolak troley sbb dah hafal location! wakaka.. nampak sgt aku loyal customer. tetiba.. kocek [ pocket ] suar getar2.. vibrate kata mat salleh.

' nak nak! nak awak..'

errrkk!!!
hilang rasa penat lepas dr pagi tadi dgn sebaris ayat dr suami.
sbb jarang2 dia nak ber romantika diamo, so mommy zura terasa diawangan2.[ sbb tu title topic nie semalam di giant.] wakakaka..

balik2..630pm. solat asar. and terus kemas2 barang yg dibeli tadi. sbb ujan lebat, pegi antar helper balik umah dia pulak.then terus solat magrib. ohh!! mood awangan2 still ada.

dengan semangat, mommy zura terus ke dapur dgn memakai apron yg sgt cantek.. ' anna, jom masal rendang hari nie.. '..anna pun apalagi.. tolong campak2 buah2an ke atas lantai tanda dia setuju and sanggup menolong.. :P [ tiap2 malam mmg mommy zura masak. tapi malam tadi sangat special.. hehe]

--------------------------------------------------
see! para suami .. cukup dgn sebaris ayat utk si isteri yg penat dr malam ke pagi jaga rumahtangga..semua penat lelah terasa berbaloi.. selalu2 le buat. x ada salah pun. isteri2 sure suka kan?

No comments: