Tuesday, September 15, 2009

Selamat tinggal ramadhan :( dan....

Selamat datang aidil fitri.. :)

lagi 5 hari ajer kita akan terus berpuasa. dah saat saat penghujung nie la banyak betul dugaan. mana taknya dugaan utk membeli belah baju2, kasut.. ntah apa2 lagi le utk raya. dugaan untuk leka dgn syoknye raya sampei terlupa hikmah malam lailatuqadar di 10 malam terakhir. masyaAllah. dan juga dugaan perasan utk tempuh saat pagi raya bila terkenang org tersayang yg sudah tiada disisi kita.

raya kali ni banyak kelainan. firstly i wont be spending my raya with mak at malacca. kali ni tanggungjawab sebagai menantu pertama sudah bermula dan that tanggungjawab is so besar.this will be hubby's first raya without her lovely mommy. aku dah rasa dulu so i know the feeling. therefore, mulalah hidup aku dimana aku akan tolak semua 'tak syok feelings' and focus pada hubby n fil. dengan harapan, i will do my best to make them happy. apa tasks aku? confirm aku diberi tugas untuk masak! walauwei.. bukan senang nak suit people appetite esp dgn raya food - rendang, kuah kacang,ayam masak merah. and i wont be suprise if ada mulut yg gatal to compare my cooking style with their late mum. Well, aku x kisah. Memang tak pandai masak pun kan. But at least i try and i cant wait.. :)

hari esok last day masuk opiz and malam esok jugak hubby akan anto aku ke melaka. fair enough utk aku tolong mak aku ke pasar and beli barang2 nak masak raya. and friday pulak aku cuti.. yeaaayy~ and task memasak aku tak pernah padam. thanks hubby sbb memahami yang mak aku pun dah makin tua n tak larat. dont speak about how anak2 yang lain.. sbb yg tinggal kat dunia ni sorang ajer parents aku. so i will do my best. yang lain tak mao bermatian2 utk mak, thats their own business. kan ?kan? :)

so sahabat2 yang membaca meh le pulun for ramadhan yg tinggal few days ni. banyak rahmat dia kalau kita sedar. and jangan pulak kita boros berbelanja utk hari raya. kalau terasa nak bershopping, never go when your stomach is empty. lepas berbuka, pegi le shopping. so nafsu nak semua barang tu kureng. then lepas shopping, moh le terawih before tido. ok?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

akhir kata selamat berhari raya pada semua. berhati2 semasa memandu. co-pilot kot mengantuk sangat pun, cuba lah temankan en driver disebelah dengan berborak2.. kita penat, dia pun penat. pada kawan2 ku yg single mingle, anna sofea pesan jgn lupa duit raya. wahahah.. :)

semoga semua salah silap saya dimaafkan. saya mintak halalkan makan dan minum.

sesapa tahu or terlintas kat Kota Damansara Seksyen 6, jgn lupa calling calling. Boleh jemput beraya dirumah. :)


salam aidil fitri dr Mommy Zura,Papa Reza and baby Anna Sofea.



4 comments:

mynameislina said...

mmg sebenarnya yg lebey best adalah anticipation nak menyambut raya...tapi raya adalah sgt anti-climax selalunya...(lebey2 lagi lps tgk baki duit dlm bank...)


apa-apa pon selamat hari raya, maaf zahir batin & selamat menunaikan tanggungjawab sbg menantu kesayangan heheheheh :) jgn marah zura!


p/s : sebenarnya aku rasa raya sgt sedey bila dh tua2 ni...sob...sob...sob

myselfndots said...

wakakaka.. menantu kesayangan? ameen. moga2 dapat 'sayang' pun dah kira bagus.. hehuhuheheh

betul2.. aku rasa mcm persiapan raya yg over.. bila dah raya, tak le best mana. ohh~ feel so tua aledi..bukan zaman kita dah inot..

-dal- said...

adik kak dal duduk kat seksyen 10, Kota Damansara. Nanti bebila pi sana kak dal calling calling lah ye.

myselfndots said...

kak dal~ dekat tu!! insyaAllah lalu umah saya.. singgah tau!

no phone? email saya ek.. :)tak pun depan KFC/Mcdonald/Pizza or balai polis Seksyen 6 tu, jerit ajer.. nanti saya berlari kuar.. hehehhe..

selamat hari raya kak dal~