Wednesday, April 16, 2008

Innalillah wa inna lillahi rojiun



Innalillah wa inna lillahi rojiun
Hajjah Safiyyah bt Nahu ( 82 tahun ) selamat kembali ke rahmatullah pada 12 April 2008, 2.12 pagi di Hospital Besar Melaka.
We were watching TV that night and around 2.45am, my uncle called and told us that our 'Wann' aka nenek was no longer with us. Terdiam kejap. Rasa macam kosong ajer. Abie calmed me down but i did not cry.Not a tears.I was shocked and slowly recited Alfathihah few times until i lost my counts. I tried to sleep.. BUT i just cant! with no choice,abie need to put on asleep so he gave me 1/2 of sleeping pills.he knew the next day will be tiring and busy day for me. therefore i need more rest.
Pagi tu, sayup ajer perjalanan ke Seremban. Cuaca suram bagai nak ujan sepanjang perjalan buatkan aku lagi sayu.
Sampai di Seremban ( wann wasiat untuk dikebumikan kat Seremban ), jenazah sedang sibuk untuk dimandi and dikafankan. Masa lepas kafan tu lah hati nie macam sayu sangat. Ayat2 alquran dibaca oleh membuatkan aku betul2 sedih and nangis. Around 2pm,selepas disolatkan,jenazah selamat dikebumikan dan kami semua pulang semula ke rumah wann sbb akan ada majlis khatam alquran utk arwah.penat tak rasa lagi masa ni. makan and minum ntah ke mana.Lepas tahlil, kami berangkat pulang ke damansara.
Dan dibuat pulak perangai, baby inside tummy kurang gerak. Malah lepas main main gosok pun dia tak nak balas.aku dah nangis sbb banyak kali tegur,baby dlm perut ni diam.normally dia akan tendang or tunjuk tindak balas. even dengan papa dia pun, dia tak balas apa2.tuhan ajer yang tahu rasa takut bila dia tak nak tunjuk response. Tapi around 30 mins,lepas papa dia pujuk and cakap slowly,dia tendang lemah. And makin lama makin kuat. Fuuhhhh~ Abie kata," Merajuk sebab mommy dia kurang makan and minum. Penat pun tak kisah dah." Sorry sayang!
------------------------------------------------------
Kembali ke cerita arwah abah dan Wann.
Arwah abah tak dibesarkan oleh Wann and Atok. Arwah abah dipelihara oleh Wann Cik dr kecil sampai ke besar. Seingat aku, arwah abah beritahu yang keluarga dia ramai. So sebab kesusahan,abah terpaksa diberi kepada orang lain. Tapi arwah abah tak berdendam malah dr sorang ke sorang adik2 abah dijaga and disekolah oleh abah.Aku kagum dengan arwah abah. Biasanye mana ada anak nak berpikiran macam nie.
Masa arwah abah masih ada, dia selalu belikan barang2 dapur untuk arwah wann and adik beradik yang tinggal dengan wann. Tak kira lah adik abah tu dah kawin atau tak. Plus duit belanja yang x akan putus setiap bulan. Pesan arwah abah, "even rm50..duit yang diberi kepada mak bapak kita tu insyallah diberkati Allah. Dan pedulikan adik beradik yang lain. Diaorg nak bagi atau tak, terpulang." Insyallah, akan aku ingat sampai mati pesan arwah abah nie.
Tapi semuanye berubah selepas arwah abah kembali ke rahmatullah 5 tahun yang lepas. Since that arwah wann bagai terduduk and hilang arah panduan. Dia tak sanggup nak tengok muka kami adik beradik. Jumpa pun tak nak.Sayu dan setiap kali jumpa, mestilah dia menangis meratapi arwah abah. dan sejak tu jugak lah arwah wann lemah untuk kemana2.Tapi kami still jalankan routine arwah abah.. belikan barang dapur and tak lupa beri duit belanja setiap bulan.Dan setiap kali itulah, arwah wann akan terus menangis dan menangis terkenangkan arwah abah.
Satu hari arwah wann berbual dengan mak.. 'Leha,mak dah tak lama lagi akan jumpa arwah idris. tak sabar mak.. ' . begitu rindunya arwah wann pada arwah abah. dan mak aku pulak tak melatah and dengan tenang mak balas ' kalau mak jumpa arwah idris,kirim salam dia untuk saya dan anak2.' lucky mak dah biasa dengan keadaan macam nie. dan mana nak tahu rupanye wann betul2 pergi meninggalkan kami sabtu pagi yang lepas.
Lepas selesai tahlil malam pertama tu..
Sempat aku beritahu mak ' lama wann tunggu untuk jumpa arwah abah kan mak? 5 tahun? akhirnyer lepas jugak rindu wann.'
Mak aku jawab 'Ha'ah.. Masa nie arwah abah akan bertemu dengan wann and dia akan tanya.. ' mak macamana anak2 saya? macammana isteri saya.. '
....
iksssh!! iksssh! Sedih bila tulis blog kali nie.
Semoga arwah abah dan arwah wann dicucuri rahmat and tergolong dalam orang2 yang soleh dan solehah.
Al - Fatihah.

No comments: