Friday, February 23, 2007

Innalillah....

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun ..Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali".
Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar ........".
14 Februari 2007 - 5.30 pm ..kembalinye Md.Syazrul Nazim b Ishak ke rahmatullah..Al-Fatihah
13 Februari 2007 :
Mak & Kak ina ada ajer kat KL . Kak ina cuti sbb ada meeting on the night before. Then Selasa tu,aku pun ikut cuti sekali.Teman dia borong barang kat Ikea. :) Disebabkan dah lama jugak aku tak jalan2 , best jugak rasanye shopping masa weekdays ni. Tak ramai pun..
However, they off back to Malacca on that evening jugak. Esok 14 Feb akak aku kena kerja ( Plan awal lah nie.. )
7:00pm - Mak aku call informed yang cousin aku Ajim accident and now in ICU kat GH Seremban. The ICU sounds buat aku cemas. Teringat pada arwah abah 4 tahun yang lepas.
Apapun, hati ni tak sedap kalau hanya duduk diam.
10:00pm - Aku tunggu reza balik kerja. Nak ajak teman ke Seremban malam ni jugak. Maklum lah, family and adik beradik Ajim macamlah adik beradik aku jugak. We are so close to each others.
11:00pm - Kami sampai kat GH Seremban. Mak Ngah pun ada.. Pakcik pun ada.. Makcik Jue pun ada. Ramai .. macam aku, ada jugak cousins yang datang dr Selayang , Rawang...Lepas salam salam..kami dibawa oleh abang arwah, Angah ke wad tempat si Ajim ditempatkan.
MasyaAllah. Wayar disambung kesana sini. 2 big machines yang satu lagi tu aku kurang pasti untuk apa.. tapi yg belah kiri katil tu adalah Live Support machine. Bacaan Yassin tak putus oleh adik beradik Ajim.. dan jugak Mak Teh and PakTeh sebagai parents ajim. Dari pemantauan aku, rasanya arwah tak lama di dunia nie tapi disebabkan sikap tak berputus asa dr family.. kami sama2 membacakan Yassin ditepi katil. Sambil membaca, ada darah yang keluar.. non-stop flow dr telinga kanan Ajim.Ya Allah...
Lepas habis semua, angah sempat bercerita..
" Amie nak hantar Ajim ke tempat kerja dengan motorsikal. [ Arwah Ajim tengah tunggu result SPM. So as temp, dia kerja kat Kyros Kebab.. ]. Ntah macamana.. and kami rasa motor yang dipandu tu laju, disatu selekoh Amie nak elak pasir kat jalan tapi tak sempat. Dia terlanggar tembok jalan dan at the same time, Amie hanya sempat nampak Ajim 'melayang' agak tinggi - 2 meter dr tanah .Lepas tu, Amie kata dia pass out for few seconds and tak sure ajim kat mana.."
Amie kena 3 jahitan - bahu , kaki and lagi satu perut. Ajim pulak, doctor sahkan yang dia tak boleh diselematkan sbb severe brain damage , 100%.
Gerun bila dengar. Sedih bila melihat. Tapi aku redha.
Kami balik semula ke KL on that nite. 12 am dengan hati yang cukup sedih melihat keadaan arwah dan family Mak Teh.
14 Februari 2007 -
I was working from home but only start to go online at 11am. :) Al maklum ajerlah..
Tapi lepas membalas tido and kemas2 rumah..
at 5.30pm, abang arwah, Ijam called for the saddest news. Arwah telah pergi kerahmutallah. selepas 3 kali ( pagi , tghari and petang ) di beri bantuan CPR.
Aku sempat tunggu reza balik before went to Seremban. But this im was going alone. Due to Reza's interview at MurphyOils on the next day, so i believe he needs more rest.
Malam tu aku, mak and Ijam , Pak Teh and Mak Teh bergilir2 membaca Al Quran. Target kami adalah untuk majlis khatam Al Quran buat arwah before dikebumikan on the next morning. Therefore, believe it or not, i managed to finish reading Al Quran in one nite. Dengan kuasa Allah, aku syukur at least this is the only thing i can do.
Anyway, ada satu cerita yang aku nak beritahu..bila semua orang tertido termasuk la mak aku yang kepenatan membaca Al quran.
Masa tu pukul 2am.. yang tinggal duduk berhampiran arwah hanyalah kakak arwah;kak ina, aku yang tgh mengaji , makcik Jue yang half awake sbb mengantuk and Ijam.Ijam baru lepas baca Alquran tapi aku suruh dia tido sbb dia confirm dah penat sbb stay kat hospital the day before...But sebelum tu, Ijam suruh Kak In bukak penutup kain dr muka arwah-mungkin tak mahu lepaskan peluang nak tgk wajah arwah disaat akhir. Aku pulak dah tak kisah nak tengok sbb setiap kali adik beradik arwah lalu, confirm diaorang akan singgah nak tatap muka arwah.
Tapi kali nie lain...Kak Ina secara perlahan2 approached aku suruh tengok sekali.
Dengan kuasa Allah, aku nampak arwah mengalirkan air mata. Aku jadi syahdu yang amat.. first time aku dengar or lihat kejadian macam nie. Tapi kami kuatkan semangat.. anggap tak ada apa2 yang berlaku. Tapi itulah salah satu kejadian yang memang aku tak boleh lupa.
Takut tak? Frankly, naik kejap bulu roma kat tengkuk. Tapi sbb aku percaya, dengan senaskah Al Quran dan bertemankan air sembahyang.. tak ada apa2 kot. Aku teruskan mengaji.. sampai pukul 4.30 bila mak bangun dan temankan aku untuk habiskan pembacaan.
15 Februari 2007,
11.30am.. pembacaan talkin di perkuburan arwah ( aku tak sure kat mana nie.. ) selepas selesai pemandian jenazah and solat jenazah di rumah mak teh. Sayu masa nie. Kalau nak tahu, masa nie lah aku menangis agak teruk dan semua orang pun takut aku pengsan kat pusara sbb tak tido malam.Tapi alhamdulillah aku tak selemah tu lagi.. lepas balik dr tanah perkuburan and bersihkan diri, aku landing tido kat rumah aunty aku yang berdekatan.. 2 jam pun jadi lah.
Bangun ajer petang tu, aku balik semula ke KL dengan hati yang redha..
"Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar ........".
Al Fatihah...

1 comment:

Anonymous said...

My deepest condolences.. Innalillah..