Saturday, October 07, 2006

Adulthood is responsibility

Tepat pukul 2.30 pagi waktu Mesia.
Wow!! Ngam ngam 27 tahun aku hidup kat dunia nie.
Alhamdulillah.. Syukur pada Allah sebab bagi aku peluang sambut birthday kali nie.
Thank you mak dan arwah abah yang bersusah payah besarkan aku dari kecil sampai le sekarang.Thank you to adik beradik yang sentiasa support tak kira susah macamana pun aku.

Actually aku terasa sedih .. not that someone buat jahat ke apa..
tapi sedih bila terkenangkan.. this will be my last birthday celebration as a single lady. and sedih bila puasa dan raya tahun ni akan jadi yang terakhir untuk sambut raya dengan family : well erti kata lain, sambut raya sepuas puas nya.Kalau ada jodoh, tahun depan entah dapat sambut malam raya dengan family atau tak..yelahkan.. obligation dah banyak starting next year.

Selama 27 tahun ( dengan tak malunye aku mengaku.. heheh ) , banyak benda yang aku dah lalui. sedih. ketawa.
1. Alhamdulillah, rezeki melimpah untuk aku bekerja seperti mana aku sekarang. Tak le nak kata banyak kalau nak compare dengan orang lain, tapi cukuplah selagi aku boleh cari duit sendiri, belanja family and beli apa yang aku nak tanpa menyusahkan orang lain.
2. Aku kehilangan abah.Kehilangan yang paling besar dalam sejarah hidup. Yet setelah hampir 3 tahun, aku still terasa yang dia sentiasa kat rumah dengan mak. :( pemergian abah banyak mengajar aku tentang susahnya hidup. yelahkan, dulu kalau ada abah,tak le risau kat mana nak servis keta, tak yah risau macamana nak renew roadtax and esp bab2 saving duit. How should you manage your money? Alhamdulillah,tak banyak seperti mana abah buat, aku berjaya la ikut sikit sikit.Al-fatihah untuk arwah Idris B.Mohd Yussop.
3. Pergi and datang relationship aku dengan abie. Banyak betul dugaan. Kalau tak ikutkan rational diri, entah apa lah yang akan jadi sekarang nie. Mahu gila aku dibuatnya. Apapun, he is my bestfriend.Kami bermula sebagai kawan since 1995. Lama kan? Despite apa yang dia dah buat,actually banyak benda yang dia dah bantu aku. Dan yang paling aku tak boleh lupa 1 week after abah meninggal. I owe him that 1 week.I always do. Thanks abie!
4. Aku rasa aku dah banyak berubah.More to kebaikan. well, tak tipu.. ada jugak le jahatnye. Tapi tak kisah, selagi aku mahu berubah kepada kebaikan..yang jahat tu tak le satu bebanan nak diubahkan.kan?
5. Kawan baik. Terima kasih pada kengkwan yang sering dengan aku.. sejauh mana pun diaorg berada.. tapi still ambil berat pasal aku. Thanks. Tanpa korang, aku sure tak tahu nak cakap dengan siapa dah...

banyak lagi sebenarnya.. tapi sementara nie kat atas le yg aku boleh pikir. :)


apapun, yang aku tahu more to come after number 27 nie. banyak lagi dugaan. and banyak tanggungjawab.boleh ker aku tempuh?insyallah.

Ya Allah, permudahkan jalan hambamu ini. Ameen.

2 comments:

Anonymous said...

zura... Happy Birthday.. hope tak lambat sangat nak wish..

I am happy for you.. things turn out great for you.. despite all the challenges that you've been through.. remember, what doesn't kill you ,makes you stronger.. and you are one strong woman.. I am very sure of that..

Wishing you all the happiness in the world because you deserve it.. :)

myselfndots said...

iksssh ikssh.. srrrotttt!!! sedey lak bila dah tua nie. :P

thanku you chikong! :)