Tuesday, September 12, 2006

my 2 cents

Amalan dan kehidupan kita tidak mungkin dapat dibuat perbandingan dengan sesiapa pun.
Pada kita, dugaan yang datang seperti pengakhir segala journal yang kita dah reka..Namun begitu dengan pegangan dan kepercayaan agama, kita masih teguh dan berdoa agar apa yang berlaku akan ada hikmah dr Nya.

Maybe pada sesetengan orang ucapan 'maaf' , 'sorry' bukan lah sesuatu yg boleh suka suka hati nak diucapkan pada semua - melainkan kalu kita bergurau senda dgn kawan. Atau yang lebih penting, menerima dengan hati yang ikhlas untuk memaafkan pun bukan lah senang.Betul tak?

Tapi bila datang niat jahat, aku selalu persoalkan balik :
Jika sesorang tu boleh berpkir dengan wajar, kenapa perlu meminta maaf selepas dah buat benda yang orang lain tak suka? Kenapa nak menipu?Kenapa nak mainkan perasan orang?

..Entah lah.

Apapun,orang selalu berkata :
" Rasullah selalu memaafkan Umatnya.Inikan pula kita manusia biasa "
Boleh ke kita jadi sehebat itu? Boleh ke aku jadi semulia itu?

Bila tiba saat macam ni, aku selalu buat:
1. Solat Hajat : Agar diberi petunjuk dr Allah. Ketenangan yang amat2 lah aku perlukan pada waktu ini.

2. Bertukar pandangan dengan mak : Mak adalah tempat aku meluahkan perasan. Siapa lagi yang nak tolong diri kita selain doa mak yang sentiasa mujarab.Kan? Selalunye aku yang akan kena marah and akan terus kena bebel. Tapi dalam bebelan mak tu.. ada banyak benda yang aku belajar dan ingat sampai sekarang..
Mak selalu ajer nak pesan:
1. Biar orang buat jahat pada kita and jangan sesekali kita balas pada orang lain.
2. Memaafkan dan berdoa adalah benda yang paling bagus untuk kita tenangkan diri dan dekatkan diri dengan Allah.
3. Sentiasa melihat yang semua berlaku ada hikmah dr Nya.
lagi..dan lagi.. dan lagi..

Seperti kata mak lagi.. perasaan marah boleh buat kita rosak. Apa yang perlu kita buat adalah membuang perasan amarah itu dan kemudian memaafkan si dia.Selepas itu terpulang, dengan berkat doa dan logical thinking yang kita ada, insyaAllah we will know our next steps.

Well, itu yang aku tengah buat. Cuba memaafkan orang*.
*Memaafkan orang which actually kali ni ia seperti sebuah batu yang susah aku nak angkat.Dugaan...dugaan.

Moga moga bulan syaaban dan ramadhan yang akan datang ni memberi aku lebih kekuatan.

No comments: